Thursday, June 29, 2006

Itulah tuh...

Hai, hai, hai… kesian Cik Siti Nurhaliza kita tuh… Bermacam-macam spekulasi dihebohkan di media, di kalangan peminat dan pihak media… Tak tenteram betul dibuatnya dengan berita-berita mengenai beliau dan Datuk K dan tarikh perkahwinannya - digempur-gempurkan… Kenapalah orang ramai semua tak nak biarkan dia dengan keputusannya. Sudah dikatakan berulang-ulang kali olehnya, jika dia sudah bersedia akan beliau umumkan siapa calon suaminya, tarikh perkahwinan dan tempat persandingannya (agaknya lah tuh). Give it a rest!

Bagi saya, memang apa yang Siti lakukan itu betul dan saya sokong 100%. Ialah, semua yang kita rancang nih kan tak semestinya menjadik dan mungkin sebab itulah Siti mengambil langkah yang selamat iaitu hanya akan memberitahu pihak media dan peminat apabila semuanya sudah confirm dan seperti katanya ada 'hitam putih'. Maklumlah, kalau diberitahu awal-awal dan semuanya belum pasti lagi tup, tup tiba-tiba semua tak jadi, siapa yang malu kan? Heboh sekali lagi pulak pasal putus cinta Siti Nurhaliza dan si polan, Siti patah hati lah dan sebagainya… Jadi ada baiknya apabila semuanya sudah pasti dan sudah ditetapkan, barulah elok diberitahu.

Lagipun sebagai manusia, kita mestilah menghormati keputusan dan pendirian seseorang. Takkan hanya kerana dia seorang artis, dia harus beritahu segalanya. Biarlah Rahsia kan? Sampai waktunya, sudah tentu Siti akan beritahu, seperti yang di ulaskan berkali-kali apabila ditanya pihak media…


Sukar untuk kita mengerti apa yang dia sedang alami dan sebagai peminat dan manusia, kita haruslah bersabar…

Kenapalah harus membesarkan keadaan… Tunggu sahajalah…

Dan mengenai Datuk K tuh, janganlah kita membuat sebarang andaian yang sewenang-wenangnya. Dapatkan buktI yang kukuh sebelum membuat andaian, sebelum membuat cerita. Kalau betul Datuk K dan ‘rombongannya’ datang ke rumah Siti, biarkanlah… Apa susah-susah… Manalah tahu mereka ada urusan bizness ker atau mereka itu sedara ker… hanya Tuhan dan keluarganya jelah yang tahu maksud kunjungan itu. Janganlah kita buat andaian lagi… Just give it a rest - AGAIN!

Bukannya apa… Saya nih bukanlah peminat fanatik Siti – minat tuh minat jugak tapi setiap kali bila bukak website tak rasmi Siti, ctnurhalizaonline.com, tidak putus-putus mengenai Datuk K, hari tarikh perkahwinannya, peminat marah tak tentu pasal, spekulasi sana sini… kita pun rasa kesian kat Siti tuh…

Berilah dia peluang… Tunggulah dengan kesabaran… Hormatilah keputusannya itu. Pihak media janganlah bergossip sana sini, membuat keadaan yang tenang tukar menjadi huru-hara dengan apa yang dicatatkan. Sudah dikatakan oleh Siti berulang kalinya, akan diberitahu apabila semuanya sudah hitam putih, apabila semua sudah confirm…. Susah sangat ker untuk difahami?

PS: Jangan marah yer, ini Cuma luahan hati saya sahaja sebagai peminat yang bersimpati dengan apa yang dilalui… Try and be in her shoes for once... Boleh datangkan high blood pressure dan stress nanti! Sabar Siti, sabarjelah! Ini semua hanya satu dugaan dan cabaran... Onak duri yang harus dilalui... Kalau dah ready tuh, apa lagi, shout it out babe!!!! Hee heee!

7 comments:

Yara said...

Saya amat setuju sekali dengan luahan hati Mas. Memang sampai naik meluat kita dibuatnya apabila setiap kali berita tentang Siti dan Datuk K tersiar di akhbar. Pihak media ni bukan tak faham kenyataan Siti. Cuma bagi mereka yang penting meraih untung dengan menyebarkan berita-berita hangat seperti ini. Sebagai syarikat yang utamakan keuntungan semata-mata, mereka tahu manusia suka dengan khabar atau berita seperti ini dan pada pendapat mereka itulah yang mereka hidangkan untuk pembaca.

Semoga ini semua akan berakhir dengan baik. Kalau mereka bernikah, Alhamdulillah. Kalau berita itu semua ternyata tak benar, semoga di hentikan terus.

Anonymous said...

heheheh..like i told rosma in my multiply site (comment)...i dah jelekk..news like that terpampang kat depan..and the playing of words like jangka, mungkin, sumber terdekat..apa2jerlah...lain kalo cam nilagik..takmo langgan BH lah..eheee..
I guess the media should put a stop to that kinda stuff...dari news jugak lah org ramai start tertanya2...n tak pasal2..the victims jadi bahan meluat org ramai...padahal bukan diorang yg start dulu kan...cam org biasa bila nak kahwin jugak kan..dah ada tarikh, tempah card, baru tu namanya conpem..
Moga2..siti akan dapat jodoh yg terbaik insya'llah...tak kira datuk ke tak datuk lah eh...

SimplyMas said...

Itulah BgYaslam! Kan ada baiknya pihak media menulis cerita yang mendatangkan faedah, ia tidak? Sedih jugak lah kalau hanya keuntungan yang diutamakan dan bukan perasaan orang lain. Ialah, betul kata BgYaslam, semoga semuanya akan berakhir dengan yang terbaik sekali... Harap bgYaslam dan keluarga dalam keadaan bahagia dan sihaf walafiat senantiasa! :D

KSri, memang jelak pun kan? Kita nih walaupun kat luar negeri, tapi kekadang pun nak jugak lah tahu perkembanga berita Malaysia dan Singapura, tapi bila asyik pasal yang sama ajer, kira malas nak baca gituk kan? Ialah KSri, semoga pilihan dia itu akan memberikan beliau kegembiraan! KSri apo khabor? Anak-anak semua sihat? Suami pun sihat? Senang-senang tuh e-mail lah kita yer? Take care darling!!! :D

Anonymous said...

Alah, bosan lah news pasal Siti. Last March aje kita orang dah boring... becoz of the choice. We think her brother is matchmaking them... All my male cousins and uncles dah boring. Dengar suara Siti on the radio or TV pun dah tak interested anymore. Hahhahaa! Too bad lah. Once she gets married to this guy, that's it. Her career is over. But then who am I to judge, kan. It's her choice (or her family's). Up to them lah. Nak kahwin, kahwin lah. Nobody's going to stop her. Just disappointed with the choice that's all, coz she can do a whole lot better than that. Oh well, like orang Melayu like to say, dah jodoh dia.

Ok lah, melarut pulak i nie hahahahaaa!

Naddy said...

ehehe dah jelak seyyy dgn siti... balik2 muka dan cerita dia... like she's an angel gituh... bluerkk ehehehe but then again semua org ada selera masing2... cuma i dun fancy ct, period :)

anyway, how's the little one mamijarum? hope all are well

SimplyMas said...

Hartini! Hee hee! Itulah tuh! Macam takde cerita lain gituk kan?

Naddy! Memanglah! Boleh jelak jugak tapi MJ memang minat dgn dia... hee hee! MJ junir seems to be going okay! Kita baru update you! Alhamdulillah, nampak okay. Next Tuesday ada appointment dgn Gynae... so, tengoklah what she say! Will update more!!!! :D

Naddy said...

ehehehe byk pulak dgr inside story pasal ct and datuk k ni... not so sweet ones :) kalau x der angin, pokok takkan bergoyang ehehe