Monday, October 31, 2005

Tahun 2003


“Beberapa hari lagi Syawal akan tiba… Banyak lagi yang harus dilakukan… Tak tahu yang mana satu...

Kuih-muih semua sudah siap! Mak kata tahun ini kita buat 4 macam ajer sebab tak larat nak bersengkang mata bakar kuih! Hee! Hee! Tak kisahlahkan?! Kita pergi Johor belilah kuih-muih yang patut! Borong semua kerepek-kerepek, kuih-kuih, kacang-macang… Ni kena cari kaki nih… Pergi Johor ramai-ramai borong kat sana sambil buka puasa… Belilah apa yang patut… pasu bunga, bunga plastik… Mesti Syiok… Geylang - Ada tapi semuanya mahal-mahal belaka… Selalunya kita pergi Geylang hanya nak menikmati suasana riuh-rendah di sana… Kalau ada yang murah-murah, mestilah beli kan?

Dinding-dinding that need paint dah cat dah! (bukan cat-kucing, tapi cat-paint) Rumah dah dibersihkan – berseri-seri! Langsir semua dah siap Cuma belum
iron dan gantung jer… Itu semua akan dibereskan malam Raya… Tak sabar rasanya untuk menyambut Syawal yang akan tiba tapi sedih jugak sebab bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita sekali lagi… Tapi Alhamdulillah, bulan/tahun ini dapat bersama mak-ayah yang tersayang...
Tahun ini adalah tahun yang terakhir dapat menyambut Ramadhan dan Syawal bersama keluarga… Sungguh sedih dan pilu sekali memikirkannya… Boo Hoo!! Beberapa bulan lagi, akan ku meninnggalkan ibu, ayah, kakak dan keluarga dan tanahair kuuuuuu untuk bersama suami tercinta di negara Omputih - United Kingdom…

Sedih… sebak… pilu… gembira… takut… gentar… semuanya dapat dirasai serentak... Haiiiszzzzz...

Walaubagaimanapun, meriah tetap meriah, Kecoh tetap kecoh bila membakar kuih dengan mak! Eh! Betul ker ayat ni? Bunyi macam lain ajer kan? Bakar kuih dengan mak? Alah! Asalkan maknanya dapat come across kira okaylah! Ayah pulak, biasalah, rileks, tengok tv… Bila Malam Raya, kecoh Ayah bagitau kat kita rancangan apa yang disajikan oleh Suria, RTM 1, 2 & TV3… Kita pun apalagi, potong-memotong timun, sengkuang, lengkuas, lobak, sawi, kentang, bawang dan lain –lain bahan yang diperlukan untuk masak, dihadapan TV… Hee! Hee! Itu yang syioknyer!!! Bukan sebab dapat tengok tv, tapi dapat duduk bersama Mak, ayah… ketawa, gembira… bersama… Mak pun dapatlah berehat sekejap dan menikmati “juadah” televisyen sampai 2, 3 pagi!!! Ha! Ha! Kadang-kadang mak kata mak stress bila kena masak pagi-pagi buta… Tapi aku cubalah ringankan beban dia seberapa yang boleh supaya dia tak stress sangat dengan menghulurkan bantuan yang seberapa boleh dan selagi diperlukan kan? Haaiiizzz…. Kecoh, kecoh! Walaupun hanya kami bertiga, tapi kecoh tetap kecoh sebab aku nih bila berbual-bual volumenyer selalu Maximum High, ayah pulak suka sekali menyakat dan buat lawak… :D

Pagi syawal lah yang selalu sebak… Mendengar Takbir berkumandang... Kakak sekeluarga datang ke rumah – anak-anak buah berbaju raya, cantik sekali… Comel sungguh mereka kelihatan… Boria sekeluarga… Warna dan corak semua sama…
Besalam-salaman Memohon ampun dan maaf - mak, ayah, kakak, abang ipar… Bersama sekali lagi... kali terakhir...
Menitiskan air mata kerana sebak di dada… mencium pipi mak dan ayah… memeluk erat mak, ayah dan kakak… tidak ingin melepaskan, meninggalkan mereka tapi apa kan daya… aku harus pergi…
Mencium tangan mak yang lembut, ayah, kakak… memohon kemaafan atas segala kesalahn ku yang lalu… Menghalalkan segala makan minum ku…
Air mata tidak berhenti menitis, sukar untuk ku mengucapkan apa yang tersirat di hati… Tersedu-sedu..
Anak-anak buah bingung melihat makcik, ibunya, nenek dan datuk menangis… Kenapa mereka menangis? Kan Raya… mesti kena suka-suka! Gembira! Hmmmnn… Orang dewasa nih drama selalu!
Akhirnya, kami berangkat ke rumah Nyayi dengan persaan sebak dan berat sekali…
1 Syawal telah bermula dan rumah sanak saudara akan kami kunjungi bersama… Kali Terakhir…


Image hosted by Photobucket.com

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA
TAK KIRA DIMANA ANDA BERADA!
MOHON AMPUN DAN MAAF...

No comments: