Friday, September 30, 2005

Bahasa Melayu Ku sungguh karat...

Ku gelihati sekali apabila membaca blog beliau… Sah, orangnyer mesti kelakar walaupun aku tidak kenal beliau Tetapi, dari gambar yang dia petik dan post di blognyer, dapat ku sahkan bahawa jika bergayut denganya, tak akan kering gusi kita dubuatnyer! Semua kita 'nyer' kan? Mungkin prasangka ku salah, mungkin benar tapi itu hanyalah pandangan ku sahajer! Yer! Mer! Ker! Grrrrrrr!!!

Boleh dikatakan yang aku ni kelakar jugak… Tak, tak perasaan sendiri, tapi ianya adalah satu kebenaran dan aku dapat sahkannya... Nanti ku telipon kekawan dan keluarga, biar diaorang tulis kat blog ku ini dan mengesahkan kebenaran ini.... Ada paham enggak semua nih? Hih? Mih? Tapi ku nih taklah sekelakar dan setalented Afdlin atau Mahadir Shor (betulker ejaan namanyer?) atau mereka-mereka pelawak-pelawak dari Singapura dan Malaysia di mana saat ini nama-nama mereka tak dapat ku ingat… Nanti akan ku tulis nama-nama mereka iyer? Miyer? Kiyer?


Ku sangat lah suka sekali membuat lawak bodoh dihadapan keluarga dan kekawan yang sangat ku rindu pada saat ini… Bukan kerana ku tak ada benda nak buat atau membuang masa dan membuat benda yang tak perfaedah, tetapi, dengan membuat lawak bodoh dan komedi ini, ku rasa Puas hati bila dapat membuat mereka ketawa terbahak-bahak sampai nak pecah perut, sampai ada yang terkencing kat seluar (iskh! tak senonoh kan? Tak malu! Ngompol eh?) dan menghiburkan mereka… dan dapat melihat senyuman di bibir mereka… Rindukah mereka terhadap ku? Kalau tak rindu tak aper! Podah! Kita susah-susah buat dia ketawa, rindu kita pun susah! Pergi satu sudut tuh dan telan bom boleh? Ehhhh! Syiok sendiri pulak kita ni eh??? Jangan marah aaaahhhh!!!! *tersengih-sengih*

Malang sungguh diriku ini kerana ku tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris, begitu juga bahasa Melayu ku… Bahasa apa yang aku fasih pun aku tak tau! Bahasa Zulu kot? Dulu-dulu, apabila di bangku sekolah, aku sungguh chomel... Pipi ku tembam, badan ku gendut sikit tak banyak... ku sangat minat menulis Cerpen dan berpantun sana sini, tapi sekarang, sangatlah kurang… Dulu lagi, Ku minat berSajak dan berSyair… itulah kegemaran ku… Kemerduann bersyair… ayat-ayatnyer sungguh menusuk dikalbu ini… Tapi sekaran, sangatlah kurang.... Masih tidak terlambat kan? Kan? Kan? Kan?

8 comments:

madnessinvain said...

Teruskan berkarya. Tidak akan hilang bisa Bahasa Melayu mu itu.

Dan terima kasih daun keladi atas lagu encik Craig David itu. Cuma linknya tidak berfungsi.

Sekian, izinkan saya mengundur diri. :)

SimplyMas said...

Link tidak berfungsi? Baiklah, akan ku betulkan linknyer... Hmmmnn... Testing kat rumah okay... apahal pulak nih eh?

Ku izinkan pengunduran mu... :D

Anonymous said...

Kelakau lah you ni..hehe! Buat aku ketawa malam2 buta ni baca awak punya blog.

Kak Teh said...

mas, mas sepatutnya pergi ke festival melayu london bulan lepas sebab Art Fazil nyanyi lagu 'anak melayu di kota inggeris' antara liriknya : maaflah kalau aku kurang fasih, untuk berbahasa mat salleh, mungkin lidah ku kelu, bibirku beku, kerana tidak auka makan keju! heheh....kelakar betul!

Anonymous said...

hahahahaaa!! So kelakar! Kalau u kata your Bahasa karat, I punya agaknye karat berlobang!! Sekarang nak tulis satu sentence tak pakai English pun tak boleh. Kalau I ambik balik O levels Malay agaknye dapat F tak... hehehee But keep trying! Keep writing! :)

SimplyMas said...

FISHY: Thanks for dropping by! Hee! Hee! Bacalah blog kita lagi malam2 buta okay??!!!! :D

KAK TEH: Will make sure that I'll be there next year for any Malay Festival in London!!! Keep me update darling!!! Tks!!! :D

Anonymous said...

Apenye yang berkarat Mami ooiiii??! If you can read and write, thank a teacher;)

SimplyMas said...

Apples! Memang benar apa yang awak perkatakan itu... Sebab itulah awak seorang cikgu kan???